Saturday 26 February 2011

Hebatkah Kita Disisi Allah

Orang orang yang dilahirkan semasa kecilnya telahpun beragama Islam adalah sangat beruntung kerana mendapat Taufik dari Allah swt.
Dalam konteks negara Malaysia,majoriti orang melayu adalah beragama Islam dan secara automatis Islam menjadi ugama rasmi .Tetapi langkah sedih dan malang kerana statistik oleh Jabatan Agama Islam menyatakan puluhan ribu remaja melayu yang dilahirkan Islam sedang menuntut untuk keluar dari anutan ini.Alangkah malangnya ada sesetengahnya telah berjaya dalam proses penukaran agama ini.Contoh paling nyata adalah kes Lina Joy yang telah menjadi murtad hasil dari perundanagan Malaysia yang lemah dan boleh diperkotak katikkan oleh undang undang sivil.
Apa yang ingin saya perkatakan di sini ,bukan tentang isu murtad dikalangan orang Islam tetapi adalah tentang kelemahan orang melayu mempertahankan keislaman mereka.Baik remaja maupun orang dewasa mersakan bahawa ugama islam yang mereka anuti sebagai satu kekangan untuk melakukan apa yang dilarang ugama.
Kongkongan ini dirasakan membuatkan mereka tidak bebas .Oleh sebab itulah banyak gejala gejala yang tidak bermoral berlaku dikalangan orang orang melayu diantaranya membunuh,berzina ,membuang anak,merogol,dadah dan sebagainya.Ini semua adalah di tegah oleh agama Islam.
Mengucap dua kalimah syahadah bukanlah bererti kita sudah Islam sepenuhnya.Walaupun kalimah Tayibbah ini
dapat membantu kita memperkuatkan Tauhid pada Allah tetapi mungkin kalimah ini tiada apa yang istimewanya pada sesetengah orang yang berfikiran moden.
Sekiranya kita tidak menunaikan rukun Islam yang kedua maka sudah pasti kita bukanlah orang Islam yang sebenar benarnya.Kerana rukun yang pertama mestilah di perkuatkan dengan rukun yang kedua iatu solat.Tanpa solat kita seperti orang kafir .
Hari hari kita menyedut udara yang Allah jadikan untuk kita bernafas.Bayangkan sekiranya udara tiada tentu kita semua mati.Kenapa kita tidak pernah berterima kasih pada Allah yang memberi kita udara untuk bernafas?Tadi kita telah bernafas.Sekarang kita sedanag bernafas.Apakah nafas berikutnya kita dapat teruskan/Sesungguhnya mati itu pasti.Tidak dicepatkan dan tidak dilambatkan walaupun sesaat.
Hari ini manusia sudah hebat.mereka sudah melupakan  Penciptanya.Kerana kehebatan itulah mereka menentang orang Islam lain yang beramal atas keislaman mereka.Mereka tidak mahu akan pemerintahan Islam malah mereka mengutuk,menghina sehina hinanya orang islam lain sehingga ketahap paling jijik.Apakah orang lslam di ajar untuk menzalimi saudara seagama mereka.Sehingga mereka tidak lagi perpegang pada tali Allah.
Ingatlah selagi kita hidup di dunia ini adalah atas Ihsan dan Rahmat Allah semata.Kerana sifat Rahman dan Rahimnyalah kita diberikan kehidupan ini.Kalau kita rasakan diri kita hebat ,bila bila sahaja Allah boleh memusnahkan kita.